Daripada Abu Hurairah r.a. daripada
Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang
mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya
Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan
mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup
ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan
akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka
menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu
kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil
mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana
ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka
akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka
kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat
amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Hadith
riwayat Muslim
No comments:
Post a Comment
thanks comment here ! :D